Followers

Monday, 26 December 2011

ORANG CAKAP

Ada orang cakap cinta itu indah,
Ada orang cakap cinta itu datangnya kasih,
Ada orang cakap  cinta itu hadirnya sayang,
Ada orang cakap cinta itu “buat dunia ini milik kita”,
Ada orang cakap cinta itu “buat aku rindu giler…kat si dia”,
Ada orang cakap cinta itu “buat aku tersenyum sepanjang hari”,
Ada orang cakap cinta itu “buat aku semangat untuk mengharungi hari-hari yang berlalu”,
Ada orang cakap cinta itu buat “aku tabah mengharungi hari-hari yang berlalu”,
Ada orang cakap itu dan ini pasal cinta…..



Ada orang cakap “cinta ini membunuh ku”,
Ada orang cakap “cinat ini mencarik hatiku”,
Ada orang cakap “cinta ini membuatku derita”,
Ada orang cakap “cinta ini membuatku merana”,
Ada orang cakap “cinta ini membuat aku hilang segalanya”,
Ada orang cakap “cinta buat aku sakit sampai penghujung hidupku”,


Sedarkah mereka siapa yang mencipta perasaan ini…..
Sedarkah mereka siapa yang menurunkan perasaan ini….
Sedarkah mereka siapa yang menyemai perasaan ini dalam diri mereka….
Dalam hati mereka…..
Adakah mereka sedar akan hakikat ini…..

Memang benar kita sebagai manusia….
Ingin dicintai….
Dan….
Ingin mencintai….
Tapi sedarkah kita….
Dalam kita saling cintai dan mencintai….
Kita telah melupakan….
Pencinpta perasaan ini….
Penurun cinta ini….
Penyemai cinta ini….

Sesungguhnya beruntunglah orang yang tidak melupakan pencipta,penurun,penyemai perasaan cinta ini….

Sedarlah bahawa pencipta,penurun,penyemai perasaan cinta ini….       
Ialah….
ALLAH AL-KHALIQ

Hmmm….memang benar…,
Siapalah diri ‘sepi’ untuk membicarakan kisah cinta…
‘Sepi’ Cuma insan yang lemah….
Memang tak layak berbicara tentang cinta…
Mungkin ada remaja yang sebaya ‘sepi’ lebih arif tentang perasaan ini,
Tapi yang ‘sepi’ pinta tolong hargai perasaan yang dikurniakan oleh yang AL-MANNA(MAHA  PEMBERI)


Bersambung….:-)                                                                            Selesai pada
Diwaktu sepi kesorangan….                                                      27.12.2011
Ditemani hati yang diselimuti kesepian……                      Bersamaan hari selasa


Kau,Aku dan Kami dalam Kurniaan Rezeki

“Abang kenape dalam Al-Quran ALLAH menggunakan kata ganti diri “AKU” dan “KAMI”….tanya seorang junior ku….
“Ini bertentangan dengan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa ALLAH itu ESA….”bidasnya lagi…..
Sel-sel neuron otakku lantas berhubung antara satu sama lain.Mencari jawapan yang paling tepat untuk diluahkan……
Hmm…Akhirnya ku temui… “Dik ALLAH menggunakan kata ganti diri “AKU” dan “KAMI” bukan untuk menyalahi sifatnya yang-ESA…
“Habis tu”… aku ditanya kembali….
“Cuba adik fikir baik-baik” soalku…
“Apa”aku ditanya kembali….
“Begini,Dalam Al-Quran ALLAH ada menggunakan ganta nama ana maksudnya aku.Tetapi dalam pada keadaan-keadaan tertentu ALLAH menggunakan ganta nama nahnu maksudnya kami.Apa rahsianya?Maha suci ALLAH yang Maha Agung,yang tidak akan menyatakan sesuatu yang kecil dan remeh dalam kitab-NYA yang Mulia.Perbezaan itu pasti ada makna yang berbeza”.
“Apa bezanya?...darah muda mendesak menanti jawapan dari ku….
 “Bila ALLAH gunakan ‘KAMI’ itu menunjukkan ada keterlibatan ‘pihak’ lain dalam  perlakuan dan ketentuan-NYA.Contahnya,dalam pemberian rezeki kepada manusia,ALLAH gunakan ganti nama “kami” Jawabku.
Belum sempat dia menyambung pertanyaannya,aku terus menyambung. “Dalam pemberian rezkki ALLAH libatkan      matahari,hujan,air,haiwan,tumbuhan dan lain-lain.Buah-buahan yang dimakan manusia misalnya,ada campur tangan makhluk lain yang menyampaikan rezeki daripada ALLAH kepade kita”.
Dia diam…Mungkin berfikir barang kali…..
“Ertinya,makhluk lain telah dijadikan saluran rezeki daripada ALLAH kepada makhluk lain?”aku ditanya…
“Itulah kebesaran ALLAH.Tapi pada waktu yang sama hakikat itu turut menguji kita”.
“Menguji kita?Bagaimana tu?”
“Oleh sebab kurnian rezeki dibuat oleh ALLAH secara tidak langsung,yakni dengan melalui saluran-saluran-NYA.Hati manusia terhijab daripada ‘melihat’ ALLAH di sebalik setiap rezeki.Manusia melihat saluran-saluran rezeki bukan sumber asas~ALLAH!!”

“Oh,patut sedikit sekali hambanya yang bersyukur” Dia baru menyedari hakikat ini….
“Itu ujian pertama,ada lagi ujian lain yang menyusul”
“Ujian lain?”Dia terkejut.
“Manusia terlupa bersyukur sesama manusia!!Ada yang hanya bersyukur kepada ALLAH tetapi tidak mahu bersyukur sesama manusia.Kononnya,makhluk tidak harus bersyukur sesama makhluk.Itu salah”.
 “Jadi maksud abang ,kita harus bersyukur kepada ALLAH sebagai sumber rezeki dan segala saluran-salurannya rezeki-NYA?”
Aku mengangguk,senyum.:-)
“Mengapa manusia tidak mampu bersyukur sesama manusia?”Saolnya.
“Sebab hati manusia telah dilindungi oleh rezeki hingga lupa saluran rezeki itu.Betapa ramai peniaga yang hanya menghargai keuntungan tetapi tidak menghargai pelanggan?Betapa ramai murid yang menghargai ilmu tetapi melupakan guru?Betapa ramai pula yang menghargai nasi,lauk dan rumah tetapi memandang rendah kepada petani,nelayan dan pekerja?Menghargai keamanan,melupakan polis dan tentera”.
“Mengapa rezeki atau nikmat boleh menghijab hati daripada bersyukur sesama manusia?”Soalnya lagi.Mencari penjelasan....
“Sebab ramai manusia hanya ingat nikmat tapi lupa PEMBERI nikmat(ALLAH).Kalau dengan PEMBERI nikmat pun manusia boleh lupa.Apa lagi dengan saluran-saluran nikmat-NYA.Hasilnya,tanpa disedari kita sering merasakan nikmat itu daripada kita dan untuk kita”.
“Sedangkan nikmat itu hakikatnya daripada ALLAH dan perlu digunakan kerana ALLAH kan”aku ditanya.
“Apa yang dikurniakan ALLAH untuk kita ialah hadiah-NYA kapada kita,dan apa yang kita lakukan  terhadap anugerah itu adalah ‘hadiah’ kita kepada-NYA”.jawabku.
“Ada ujian lagi....”Aku berkata.
“Ujian lagi?”tanya juniorku
“Bukankah hidup itu satu ujian?Ingat tu...Ujian ketiga ialah buat ‘saluran-saluran’rezeki.Mereka juga diuji”.
“Maksud abang setelah penerima rezeki diuji,penyalur rezeki juga diuji?”
“Malah ujiannya lebih berat.Antaranya,jangan sesekali menyekat rezeki orang lain yang melalui ‘saluran’ kita.Itu samalah menyekat rezeki ALLAH kepada orang lain.Ingat!,kekadang kita hanya jadi saluran....rezeki yang datang bukan untuk kita tetapi kita diuji untuk memberikannya kepada orang lain”.Jawabku
“Owh,ini amanah untuk orang yang berharta,berilmu,bertenaga........”
“Amanah yang kerap dipersiakn.Harta ditahan,disimpan tanpa dilepaskan oleh si kaya.Ilmu disembunyikan,dikekang oleh yang alim dan arif.Tenaga dipendan oleh yang gagah.Ini ujian buat saluran rezeki”.ku berkata...
“Terima kasih abang.Owh hampir lupa saya...itu rahsia di sebalik kata nama ‘kami’...Apa pula maksud di sebalik ganti nama ‘Aku’?”Aku ditanya seakan mengingatkan ku....
“Bila ALLAH guna ana atau aku,ALLAH merujuk kepada pengampunan dosa,penerimaan taubat.Maksudnya,dalam penerimaan taubat dan pengampunan dosa.ALLAH menggunakan ganti nama diri-NYA sendiri.ALLAH tidak melibatkan ‘saluran-saluran’dalam kalangan makhluk-makhluk yang lain”.
“Maksudnya?...”
“ALLAH secara lansung mengampunkan dosa para hamba-NYA yang bertaubat.....Itu sebabnya digunakan kalimah ‘Aku’ bukan lagi ‘kami’.”
“Implikasinya?”...dia menanyakan kepada ku....
“Jika kita berdosa,mohan taubat secara langsung kepada ALLAH.Dan ALLAH akan mengurniakan keampunan-NYA,tanpa melalui perantaraan lagi.Tidak seperti rezeki yang dikurniakan melalui saluran-saluran-NYA.Tapi hakikatnya pengampunan dosa pengurniaan rezeki sama-sama milik ALLAH jua.Yang berbeza hanya caranya sahaja.....”
“Begitulah keagungan dan kebesaran ALLAH.Pada saluran-saluran-NYA terserlah kebesaran kerajaan-NYA yang Maha Luas dan daerah takluk-Nya yang tidak terbatas.Itulah rahsia di sebalik ganti nama ‘Kami’.Namun pada Pengampunan dan Penerimaan taubat-NYA terserlah keakraban dan     keintiman-NYA yang mencecah hati manusia.Ituilah yang tersirat di sebalik ganti nama ‘Aku’”.





                                                                                                                              Siap dikarang pada
                                               14.12.2011
                                              9.51 malam

Thursday, 1 December 2011

Ku Cinta Dia

Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
Maha Pencipta, Maha Pengampun.
Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.
Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.
Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.
Katakanlah, ku cinta Dia.
Mengapa Kita Mencintai Allah S.W.T?
1. Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba yang  bersyukur
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Nahlu 16: Ayat 78)
Alhamdulillah. Kita boleh mendengar. Tetapi ada insan yang dilahirkan pekak sekaligus bisu.
Kita boleh melihat. Ada insan yang dilahirkan tidak mampu melihat. Ada yang kehilangan penglihatannya.
Kita boleh berfikir secara waras. Ada insan yang perkembangan akalnya terbantut atau lambat.
Adakah kita bersyukur?
Bagaimana kita bersyukur?
Tidak lain melainkan dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah S.W.T. Pendengaran, penglihatan dan hati, perlu dihiasi dengan ketaatan dan kecintaan kepada-Nya.
2. Demi mencapai kemanisan Iman

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah S.W.T dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Manisnya coklat berkualiti itu menggembirakan.
Manisnya, lazatnya makanan kegemaran itu menyeronokkan.
Manisnya senyuman dan wajah itu menenangkan.
Manisnya tutur bahasa itu membahagiakan.
Namun halawatul (kemanisan) Iman itu bagaimana?
Ianya suatu rasa yang lebih hebat.
Kemanisan Iman, satu anugerah  daripada Allah S.W.T.
Kemanisan Iman, rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.
Kemanisan Iman itu adalah kegembiraan hati, tenangnya jiwa dan bahagianya hidup.
من لم يذوق لا يفهم
Siapa yang tidak merasa, tidak memahami. 
 
Halawatul Iman itu tidak dapat dirasai melainkan oleh mereka yang sempurna iman dan benar-benar mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
Kemanisan Iman, adalah sesuatu yang kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk merasainya.
Kita taat dan mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya, demi kemanisan Iman.
3. Untuk meraih Cinta Yang Maha Mencintai
Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w  mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)
Betapa manusia mengharap cinta daripada kekasih, sifat raja' (harap) itu lebih utama kepada Allah S.W.T.
Betapa manusia berusaha memenangi cinta insani, cinta daripada Allah S.W.T itu lebih utama untuk diraih.
Itulah cinta hakiki yang kita dambakan.

Mencintai Allah S.W.T tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati.
Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan cinta daripada-Nya, dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.
Berbahagialah jiwa yang taat dan cinta kepada Allah S.W.T, kebahagiaan di dunia yang sementara dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi.
4. Kerana Allah S.W.T telah memperingatkan dan memberi ancaman:
قُلْ إِنْ كَانَ أبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah S.W.T tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.
(Surah At-Taubah 9: Ayat 24)
 

Kepada-Mu Kami Memohon:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.
(di petik dari laman ILUVISLAM)

Saturday, 26 November 2011

Jadilah Hamba Yang Ikhlas

Setiap umat Islam wajib meyakini dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Kita sememangnya tahu akan ibadah yang difardhukan ke atas umat Islam yang telah akil baligh dan cukup syaratnya. Namun begitu, ramai dalam kalangan umat Islam yang kurang menitik beratkan aspek ikhlas dalam ibadah kepada Allah s.w.t. Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala.
Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t :
"Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5)
Jika kita amati benar-benar, sekurang-kurangnya kita telah mengucap kata ikrar dan janji sewaktu di awal permulaan solat. Hal ini sekurang-kurangnya berulang lima kali dalam sehari jika kita membaca doa iftitah.
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mantadbir sekalian alam." (al-An'am:162)
Setiap amalan yang ikhlas kerana Allah s.w.t akan diangkat dan diterima olehNya. Amalan yang dilakukan dengan tidak ikhlas pula bukan sahaja tidak diterima malah menjurus kepada kemurkaan Allah s.w.t. Niat dan keikhlasan adalah saling berkait rapat. Keikhlasan akan terbit dari apa yang diniatkan. Hal ini telah disebut dalam hadith daripada Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keikhlasan adalah terbit daripada hati dan disudahi dengan tindakan. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau berpura-pura. Sesungguhnya, amalan yang berpura-pura tidaklah dikira ikhlas kerana Allah s.w.t. Niat hati yang ikhlas sudah cukup untuk membuahkan ganjaran pahala disisi Allah s.w.t sekalipun amalan tersebut belum dilakukan. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan keburukan serta telah menjelaskannya di dalam Kitab-Nya. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan mampu lebih banyak lagi. Sesiapa yang telah berniat untuk berbuat keburukan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan satu keburukan untuknya."(riwayat Muslim)
Kejayaan dan kemenangan seringkali bersama dengan amalan yang disertakan dengan keikhlasan keranaNya. Mereka yang ikhlas akan menuju kepada suatu jalan kebaikan, bersih daripada sikap keangkuhan, dan terselamat daripada jatuh ke lembah keduniaan yang pastinya akan membaca kepada kemusnahan serta kehancuran.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya). Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya dilihat oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain melihatnya (dan hanya itulah balasannya)."(riwayat Bukhari dan Muslim)
Pujian dan celaan sering kali menjadi ujian dan cabaran yang besar buat insan yang beramal dengan ikhlas. Keikhlasan tidak menyebabkan diri terpengaruh atau terjejas ketika dipuji atau dikritik. Jika melakukan amalan hanya untuk mengharapkan pujian, maka keikhlasannya adalah diragui. Adapun begitu, jika dengan pujian membuatkan keikhlasannya tidak berubah, maka itu adalah suatu kebaikan buat seseorang muslim. Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
"Bagaimanakah tentang seseorang yang berbuat kebajikan, lalu ada orang memujinya, sedangkan niatnya ikhlas kerana Allah?. Baginda menjawab: itu adalah kegembiraan awal yang diberikan kepada seorang Mukmin"(riwayat Muslim)
Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang ikhlas kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. Ingatlah, setinggi mana pun kedudukan kita, sebanyak mana harta yang kita ada dan semulia mana kita disisi manusia, kita hakikatnya hanyalah hamba yang lemah dan tidak berdaya. Moga keikhlasan menjadi asbab untuk meraih redha Allah, wallahua'lam.