Followers

Monday, 29 October 2012

JANGAN MENGELUH BILA DIUJI WAHAI SAHABAT…


Jangan mengeluh bila diuji wahai sahabat…



Kita hanya hamba yang lemah, tak punyai apa-apa, hatta diri ini milik Tuhan. Sesungguhnya hidup ini, derap kaki ini, dengup jantung , suara hati  hatta tubuh jasmani ini kembali kepada-NYA…
Kekadang kita selalu mengeluh, mengapa ALLAH bagi kita kesusahan, sedangkan kita selalu ingin kesenangan, mengapa ALLAH bagi kepada kita kesakitan, sedangkan kita selalu inginkan kesihatan berpanjangan.
 Kekadang kita selalu mengeluh tanpa kita sedar. Kita mempersoalkan kenapa dan kenapa ALLAH selalu bagi kita ujian.  
Kenapa kita slalu diuji ?
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2) Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)
Ujian itu datang dari ALLAH, adalah mempunyai dua tujuan iaitu membawa rahmat dan kebinasaan.
Ianya memberi rahmat  apabila manusia berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran disertai tulus pada amal dan perbuatan yang sesuai dengan apa yang Allah S.W.T mahukan.
Ujian akan meningkatkan kedudukan seseorang di sisi Allah S.W.T menyapu bersih dosanya bak bening air di kali. Dan ujian ini cahaya pencerah kepada awan mendung untuk hambanya mengapai syurga Illahi.
Sabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud : “ Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka dia akn menguji mereka” (riwayat Tirmizi)

Ujian kedua pula memberi musibah dan penyebab kepada kehancuran di dunia dan di akhirat. Iaitu ujian yang berbentuk kesenangan dan menjauhkan seseorang dari agama dan mengeluarkannya dari jalan Allah.






Description: E:\525494_461217803916922_1796352769_n.jpg
Kesimpulannya apabila kita diuji janganlah kita cepat berputus asa dari rahmat Allah. Kita tengpk apa yang Allah cuba sampaikan dari ujian tersebut. Lihatlah disebalik ujian ter sebut.



No comments:

Post a Comment